31 Oktober 2011

9.10.11 - Part 1.


Dulu masa muda-muda (remaja lah maksud aku), aku teringin sangat nak tulis semua persiapan perkahwinan aku, dari A to Z. Sebab dulu rajin masuk blog bride-to-be yang cerita semua persiapan masing-masing menjelang majlis. Tapi bila aku sendiri yang jadi bride-to-be, keinginan tu tak ada pulak. Aku rasa macam tak perlu pun ada juga. Macam tak seronok la gitu. Belum jadi hak milik lagi, sudah cerita macam-macam. Pada pendapat aku lah. Lain orang, lain pendapat. So aku simpan. Nanti kang dah cerita macam-macam kang buatnya tak jadi macam jejari runcing tu, tak best pulak rasanya heheheheehehehhe. No offense!

So so so, sekarang ni boleh lah cerita. Itu pun didorong oleh pertanyaan bertalu-talu tentang aku tempah veil, siapa mekap, siapa masak dan sebagainya. Okay mana nak start eh?


1. Oklah aku start pasal dewan dulu. Dewan aku di Clubhouse Bukit Mahkota. Pada siapa yang pegi, best tak tempat tu? Selesa kan? Okay sewa ialah RM 800 untuk non-member. Untuk ahli kelab, hanya RM 400. Bukan kelab malam okay faham. Boleh muat 350 orang dalam satu masa. Untuk tetamu 1000 ialah just nice. Tetamu aku tempoh hari ialah 2000++ okay lebih seribu orang daripada yang dicadangkan. Alhamdulillah lah, muat pulak.

Boleh contact pengurus Clubhouse Encik Raja Mohamad: 019-340 9647.

2. Aku ambik KL Katering. Base kat Ampang. Harga untuk sekepala ialah RM 8.00. Paling murah la kami cari tu. Ada pakej yang lebih mahal tapi memandangkan family kami banyak masak lauk + hidangan tambahan, jadi kami ambik pakej basic. Lauk ada 5 jenis kot. Buah 3 jenis. Lauk ialah sedap okay. Highly recommended. Kami ambil meja pengantin + tetamu dengan derang jugak. Kena tambah lebih kurang RM 1200 camtu. Harga termasuk meja pengantin, meja VIP, meja lauk (2 bahagian), meja tetamu, kerusi extra. Decoration meja pun derang buat juga. Centerpiece dan kain alas semua dia provide. Centerpiece guna fresh flowers okay.. Sangat puas hati. Bunga untuk meja pengantin sangat best. Rujuk gambar di bawah. (Lantern tak termasuk ye).

Boleh contact Kak Ju from KL Katering. Dia owner. 012- 620 1308.

Lauk tambahan (masak sendiri oleh kedua-dua belah keluarga) ialah rendang ayam, bihun sup dan tomyam, sambal belacan erm erm......... Hmmm apa lagi eh sebenarnya sangat banyak keluarga menyumbangkan makanan tapi disebabkan kami pengantin tak boleh nak makan, so tak tau apa perkembangan lauk-lauk di hari perkahwinan sendiri. Siapa datang, dia tau lah. Lauk sendiri tu takleh tempah lah okay. Minta resepi boleh la.






3. Pelamin! Ya Allah pelamin ni la yang menyesakkan kepala otak aku sampai jam-jam terakhir sebelum aku nikah.  Memang dari awal lagi, aku dan suami dah bersetuju, kami tak nak pelamin yang terlalu gah dan mewah dan sarat. Majlis kami pun tiada renjis dan tepung tawar. Maaf lah pada keluarga atau pada siapa yang tak puas hati tu. Sejak dari kecik, aku memang tak suka acara bersanding dan merenjis. Terima kasih kerana menghormati keputusan aku dan suami. Hanya ada pelamin untuk bergambar sahaja. Tak ada renjis. Beri restu tak bermaksud kena renjis kan? Sorry la kalau aku tak respect adat. Okay ceritanya, memang sehari sebelum kawin, hape pun tak de lagi. Tapi aku dah minta tolong Wana awal-awal, sebab aku memang betul-betul buntu. Malam sebelum nikah, pukul 10, Wana, Topek, Nawar dan geng Gombak Qaseh dah ada kat dewan tapi masing-masing buntu jugak. Tup tap tup tap tup tap, pukul 4 pagi siap jugak sebuah pelamin ringkas. Rujuk gambar.

Terima kasih pada semua yang membantu. Tiba-tiba ada wedding planner yang sumbang idea, tiba-tiba ada tukang kayu ketuk sini sana, tiba-tiba ada tukang gubah bunga, tiba-tiba ada kerusi pelamin berhias bunga hidup, tiba-tiba je. Tengok-tengok dah siap je. Semua datang membantu melengkapkan apa yang kurang. Terharu tau! Aku tidur pukul 4 pagi. Pengantin lelaki and the pelamin geng tidur pukul 6 pagi. Sejam ja dia tido sian ish ish. Nasib baik sekali lafaz ja. Nak tempah ke? Idea oleh kawan aku, Syazwana Sulaiman. Boleh tengok The SS Wedding. Sanggup turun dari Terengganu. Dan aku tak buat pelamin ye. Jangan tempah. Harap maklum.



Habis part 1. Penatnya menaip. Tunggu part 2 okay. Bai.

3 orang:

ayu berkata...

cantikknya kak ili. semua cantik.huhu.

nur hidayah isa berkata...

baju akak nampak simple tapi tetap cantik :) pelamin pon same...

Ili S. berkata...

Ayu ,
Alhamdulillah terima kasih :)

Hidayah,
Saya memang suka yang simple je. Alhamdulillah. Less is more.