Hai. Ini ialah sambungannya ya. Semalam dah penat, tak larat dah.
4. Okay yang seterusnya ialah doorgift. Doorgift kami ialah epal. Epal hijau dan merah. Sebiji lebih kurang 65 sen. Disebabkan Mak aku ada kedai, so dia kenal lah supplier buah kat pasar kan. Dapat la murah sikit. Kalau nak murah, beli kat pasar borong Selayang kot. Epal yang kami bagi tetamu ialah epal Fuji merah dan epal hijau yang biasa tu. Tujuannya: Epal. Sangat tidak membazir. Aku betul-betul tak gemar bazirkan duit ke atas cawan-cawan comel, yang pengakhirannya bakal dibuang begitu sahaja. So, epal ialah pilihan terbaik kami. Kemudian, epal letak dalam bekas cupcake yang plastik tu. Staple, letak sticker thank you. Then siap! (Aku tengah cari gambar doorgift aku tapi tak jumpa sebab banyak sangat gambar. Nanti aku usaha cari lagi)
5. Kad kawin. Kad kawin aku berharga 20 sen sekeping. Aku dan suami yang design. Sebenarnya tak puas hati sangat dengan kad tu, ada yang tak kena, tapi sebab kami ralit dok buat benda lain, last minute baru teringat kad. Kena print before balik kampung, sehari sebelum Raya baru kad siap. Itu pun nasib baik sempat siap. Aku print 1000 keping. Jumlah semua ialah RM 200 sahaja. Design sendiri, pegi hantar print sendiri. Tada! Beginilah ia. Simple saja. Cukup dan lengkaplah seadanya. Alhamdulillah.
6. Make up artist. MUA aku ialah kawan-kawan saja. Geng-geng Sifoo.com. Kak Faeeza nama dia. Aku request untuk mekap simple, terpaling simple. Sepatutnya mekap 3 layer tapi aku request 2 layer je. Aku puas hati la dengan hasil mekap Kak Faeeza. Mekap pagi tu untuk nikah, then untuk reception just tukar color eyeshadow. Aku suka sebab memang aku tak nak yang mekap yang melampau-lampau. Majlis aku pun simple. Sesuailah. Highly recommended. Harga pun berpatutan. :)
Contact Kak Faeeza di sini ya: https://www.facebook.com/faeeza.shaaya?ref=ts
7. Photographer. Seperti yang telah diketahui oleh semua, photographer kami ialah Bakri Hafiz Hisham. Sangatlah highly recommended. Dulu Bak ni ambik gambar kami bertunang juga. Dalam masa setahun setengah, banyak dah progress Bak ni. Rajin. Gambar memang superb, tak pernah yang aku tak suka. Idea dia fresh. Please please la ambik dia as photographer korang. Tak rugi dan tak menyesal.
Ini ialah album gambar pertunangan aku: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.388036398701.167218.531028701&type=1
Album gambar nikah: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.251990671518347.72399.122001327850616&type=3
Dan ini ialah album untuk reception: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.253752648008816.72804.122001327850616&type=3
Contact Bak di sini ya: http://bak.my/azmi-ili-reception/. Thank you Bak for the lovely pictures!
8. Cake! Heheheheh cake sebenarnya last minute juga. Dah ada dalam fikiran lama dah tapi ordernya lambat sebab busy. Memandangkan hari perkahwinan kami sama dengan hari jadi Azmi, so aku ingat nak buat sikit suprise la (tapi tiap tahun pun buattt hehehehe). Dan memandangkan aku tak mampu nak hadiahkan camera betul kat Azmi, maka aku special request kat Ikin (pembuat kek) untuk buat kek yang ada camera tipu. Hasilnya: Memang aku sangat puas hati dan teruja gila. Sangat suka. Dan pada hari suprise, Azmi pun happy jugak hahahahahaha dapat jugak camera walaupun tipu punya. Ikin ni jiran aku masa duduk Melawati dulu. Memang baik gila dari kecik. Harga pun berpatutan. RM 100 ++ la tapi puas hati. Dan kek coklatnya pun sedap gila. Rugi pulak aku tempah size regular. Patut tempah yang besar sikit.
Sila contact Ikin: 012-361 1193. Taman Melawati.
Facebook: Asyikin Rosli: https://www.facebook.com/profile.php?id=1032183859&ref=ts
Tunggu part 3 okay. Assalamualaikum!









3 orang:
uit..SELAMAT PENGANTIN BARU
dah tgk sume gambar kawin korg..terbaek la il.
salam dan tahniah buat pasangan pengantin...actually saya sangat tertarik dengan konsep wedding ili, pakaian pengatin perempuan sangat simple tapi sweet dan comel...kalau ada kelapangan update la pasal wedding dress skali ngn veil tu...teringin nak buat yang macam tu sbb saya tak suka pakai aksesori kat kepala...Thank You
salam perkenalan ili... saya setuju ngan ruhil... saya tertarik dengan pakaian, veil (terutama yg putih tu)....simple dan menarik! congrats ya... owh, saya mintak izin amik gambar dari blog ili utk letak dalam blog saya ya...
Catat Ulasan